Jumaat, April 03, 2009

(0) Comments

Dalam hati ada ACAQ

admin

dalam hati ada acaq macam pelik ja bunyi tapi itukah kenyataan yang hari hari kita lalui dalam kehidupan kita dalam berkawan,bermasyarakat dan mcm2 berlagi la.....

penulisan ini bukan untuk mengumpat atau mengata tapi cuma untuk hiburan dan pengajaran bersama dalam kehidupan yang sementara ini. kenapa dalam hati ada acaq...? ini sebab kita tidak memilih untuk masukkan taman dalam hati kita ni... kita boleh pilih apa saja untuk masukkan kat dalam hati kita samada nak ada taman atau nak ada mcm2 lg..

pelikkan kita manusia ini hati yang kecil tu pun mcm2 boleh masuk kan...? acaq yang kotor tu pun kita pilih nak masukkan juga.lepas itu kita praktikkan sekali dengan kehidupan kita yang putih bersih pun jadi kelam sekali..

bukankah bagus jika kita sentiasa berfikir dan tidak untuk memilih memasukkan dalam hati kita benda benda yang kotor lain..kesian hati dan kepala otak kita ni sebab sentiasa kena fikir yang bukan bukan kesan daripada benda kotor dah masuk.
jadi cuba lah kita usaha untuk bersihkan hati kita ini.janganlah kita biarkan dalam hati ada taman taman yang tidak elok hasil dari kita bajakan hati kita dengan kotoran acaq yang membuak buak dalam hati kita itu.

Isnin, November 24, 2008

(0) Comments

my home

admin

Khamis, September 18, 2008

(0) Comments

Terbang di awan biru

admin



Oleh Nor Affizar Ibrahim






SIAPA sangka minat mendalam terhadap kapal terbang sejak berusia 12 tahun membuahkan hasil apabila Nur Moana Ishak lulus cemerlang dalam latihan penerbangan, dua tahu lalu. Kini beliau tidak lagi hanya merenung pelbagai model pesawat yang menghiasi kamar tidurnya, sebaliknya Moana antara juruterbang pesawat komersial yang berkhidmat membawa penumpang ke serata tempat.

Moana antara wanita yang berjaya merealisasikan impiannya. Beliau antara contoh terbaik wanita yang berpeluang melakukan apa yang diminatinya. Beliau fokus dan tahu apa yang diinginkan dan anda juga boleh menjadi sepertinya jika berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian walaupun ada yang menganggap ia mustahil.

Moana gapai impian: Sejak kecil kumpul pelbagai model kapal terbang



MELIHAT bentuk tubuh dan fizikal Nur Moana Ishak, 24, yang kecil mungkin ramai tidak menyangka atau teragak-agak untuk mempercayai beliau berkhidmat sebagai juruterbang pesawat komersial. Percaya atau tidak itulah kenyataannya.

Bagi Moana sendiri, bukan saja berasa puas dapat memenuhi impian sejak kecil, tetapi turut bangga mencatat kejayaan peribadi apabila menjadi antara juruterbang pesawat komersial wanita pertama di sebuah syarikat penerbangan di negara ini.

Tahun ini, genap dua tahun anak kelahiran Kuala Lumpur itu menjadi juruterbang pesawat komersial. Sebelum ini, beliau mendapat latihan setahun setengah di Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam, Melaka dan berjaya mendapatkan lesen `Commercial Pilot License With Instrument Rating Course' bagi melayakkannya menerbangkan pesawat.


MOANA menggalakkan sesiapa yang mempunyai cita-cita terus memburu impian.


"Minat saya kepada kapal terbang berputik sejak kecil lagi iaitu ketika berusia 12 tahun lagi. Disebabkan terlalu minat, saya banyak mengumpul model pesawat dan majalah yang berkaitan mengenai pesawat. Pantang saja ada majalah yang ada cerita mengenai pesawat, saya akan simpan.

"Minat untuk menjadi juruterbang semakin bercambah kuat apabila saya kerap membaca bahan bacaan mengenai kerjaya itu. Lalu, saya tetapkan keazaman untuk mencapai cita-cita dan yakin ia pasti akan direalisasikan suatu hari nanti," katanya membuka bicara.

Moana berkata, impian sebenarnya ialah ingin menjadi juruterbang jet pejuang dan kerana terlalu berminat, pernah memohon menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia sebaik tamat Tingkatan 5. Bagaimanapun, permohonan itu gagal, barangkali ada syarat yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi.

Kegagalan itu tidak mematahkan semangat Moana, sebaliknya menambahkan lagi tekad untuk terus memburu cita-cita dan impian. Lalu, dengan dorongan keluarga termasuk sokongan moral dan kewangan beliau kemudian menyertai Akademi Penerbangan Malaysia.




"Apabila saya menyatakan hasrat memasuki akademi, keluarga tidak sedikitpun membantah kerana mereka tahu dan faham sejak dulu saya memang benar-benar minat dengan kerjaya sebagai juruterbang. Bilik saya yang penuh dengan model pesawat dan majalah berkaitan kerjaya juruterbang sudah cukup memberitahu keluarga, saya begitu bersungguh-sungguh dan teruja menjadi juruterbang," katanya.

Anak bongsu dalam dua beradik ini berkata, walaupun cita-citanya tidak tercapai sepenuhnya, hatinya berasa puas apabila akhirnya berjaya juga bergelar juruterbang dan memikul tanggungjawab membawa penumpang. Malah, tidak menafikan setiap kali berada di udara ia adalah antara detik yang paling menyeronokkan.

Katanya, membawa pesawat komersial juga membawa cabaran tersendiri apatah lagi ia membabitkan keselamatan dan nyawa ramai penumpang dan anak kapal setiap kali melakukan penerbangan.

Berkongsi pengalaman pertamanya membawa pesawat komersial dan membawa hampir 100 penumpang, Moana berkata, ketika itu perasaannya cukup teruja dan tiada sedikit pun terbit perasaan bimbang atau gementar. Keyakinannya begitu tinggi ketika itu kerana percaya segala ilmu dipelajari dan latihan amali yang dibuat sebelum itu dapat membantunya menerbangkan pesawat itu selamat tiba ke destinasi yang dituju.

"Penerbangan latihan pertama saya bersama penumpang ialah ke Surubaya, Indonesia. Penerbangan itu mengambil masa lebih dua jam setengah dan saya perlu membawa lebih kurang 170 penumpang. Sebelum berlepas, saya sudah pun bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Alhamdulillah, penerbangan pertama itu tidak ada banyak rintangan dan segala-galanya berjalan lancar sehinggalah kami mendarat," katanya.

Sehingga kini, Moana sudah membuat lebih 500 penerbangan termasuk di dalam dan luar negara. Penerbangan paling jauh dan mengambil masa paling lama ialah ke Ghangzou di China iaitu selama empat jam penerbangan.

Moana berpendapat, penerbangan yang mengambil masa panjang untuk tiba ke destinasi lebih merehatkan berbanding penerbangan hanya mengambil masa 30 minit penerbangan. Untuk penerbangan yang mengambil masa singkat, lazimnya juruterbang perlu bersedia lebih awal dan memastikan keupayaan untuk menepati masa yang ditetapkan walaupun ada halangan cuaca. Mungkin kerana sukakan dengan cabaran, bagi Moana sendiri amat menggemari penerbangan yang mengambil masa singkat walaupun ia lebih memenatkan.

"Saya juga lebih suka melakukan penerbangan pada waktu malam kerana tengah hari biasanya silau dan ia boleh menambahkan kepenatan. Namun, bagi saya waktu mendaratkan pesawat adalah antara cabaran besar kerana juruterbang memerlukan kemahiran membuat pelarasan, pada masa sama memastikan semua penumpang selamat dan berasa selesa apabila pendaratan dilakukan," katanya.

Cabaran lain yang dihadapi juruterbang, kata Moana, ialah ketika keadaan cuaca buruk dan berlaku kesesakan trafik di landasan. Apabila berdepan dengan situasi itu, juruterbang sewajarnya perlu menggunakan kemahiran yang terbaik dan membuat keputusan cepat serta tepat bagi mengelakkan lebih banyak kesulitan atau menambahkan lagi masalah besar.

Bagi Moana, sebagai juruterbang, cabaran dan kesukaran yang ditempuhi secara tidak langsung menambahkan pengalaman serta meningkatkan kematangan kerjayanya. Beliau juga berasa bertuah kerana rakan sekerja senior banyak memberi tunjuk ajar, sekali gus membantu meningkatkan kerjayanya sebagai juruterbang.

Selasa, September 02, 2008

(0) Comments

puasa

admin

Alhamdullilah syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,berkat junjungan nabi S.A.W,karamah dan keramat kedua ibu dan bapa serta berkat guru guru dapat juga kita teruskan ibadat puas pada tahun ini.Allah masih panjangkan umur dan berikan kekuatan pada kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan 10001 keberkatan.Takut juga kita kalau kalau tidak dapat berpuasa lagi pada tahun ni kerana ajal maut Allah yang ounya kan...

Bulan ni rezki cukup melimpah ruah.Apa tidaknya tiba tiba ja ada orang ketuk pintu dan nak bagi makanan untuk bebuka.Rezeki jangan la ditolak.Walaupun duduk sorang sorang kat rumah pun makanan macam 5 6 orang nak makan.

Dalam keberkatan bulan ramadhan yang semua orang tidak terkecuali merasakannya tanpa mengira bangsa dan agama,seharusnyalah kita tidaklah terlalu membazir.Membazir itu bukankah saudara saitan.Perlulah kita ingat bahawa masih ramai lagi saudara saudara kita kat luar sana yang masih banyak kekurangannya.Mereka masih mengharapkan sesuatu dari kita tetapi kita saja yang tidak pernah endahkan permintaan sesama muslim ini.Kita beruntung keranan di negara kita makanan melimpah ruah,cuba kita bayangkan sejenak apa yang sedang terjadi pada saudara kita di Palestin,Sudan,Afgan,Somalia dan beberapa negara islam lainnya.

Sedekah adalah satu perbuatan yang baik dan sangat dituntu dalam agama.Mulai dari sekarang jadilah tangan yang memmberi itu lebih baik dari tangan yang merasa.Tidak ada ruginya kalau kita amik kesempatan ini untuk bersedekah dan kekalkan momentun sedekah ini sampai bila bila.Bulan ini juga muncullah trend memberi makan pada anak anak yatim yang berluasa.Nasib baik la anak anak yatim ada gak bulan untuk mereka menumpang kasih.Cuba lah kita fikirkan berapa kerat sangat yang ingat kesusahan mereka pada sepanjang 8bulan yang berlalu dalam kal;ender hijrah..Kesiankan...Marilah kita sama sama ubah stigma "bakhil" ini jauh jauh dalam diri kita..

Menurut ramai pakar pakar perubatan dunia dengan berpuasa ternyata memberikan tahap kesihatan yang makin optimun.Setelah sekian lama asyik makan sahaja tanpa ada batas dan had,akhirnya badan direhatkan untuk sementara waktu.Ini memberikan badan ruang dan peluang untuk berehat sambil membaiki sistemnya.Baik pulih sistem akan menjamin badan berada ditahap yang sepatutnya badan kita nikmati akan tahap kesiahatannya.

Inilah masanya kita buktikan kekuatan spiritual kita.Ianya memberikan kita menduga kekuatan spiritual kerana dalam bulan ini kita hanya bertempur dengan nafsu sahaja.Tanpa badan,minda dan spiritual yang sihat semestinya kita tewas dalam menentang anasir anasir nafsu yang hanya berda dekat dengan kita.Ayuh belajar melawan dengan kekuatan dalaman dengan penuh keiklasan dan niat yang suci.

Sama samalah kita jadikan bulan ini bulan yang penuh dengan keinsafan buat kita yanag bernama insan.Salah dan silap kita banyak banyaklah kita memeohaon keampunann dari sang Pencipta kita.Moga moga kita sentiasa mendapat hidayah..ameeen....

Isnin, September 01, 2008

(0) Comments

BMX

admin


Sukan basikal ini semakin mendapatr tempat kat olimpik

Isnin, September 01, 2008

(0) Comments

RAMADHAN

admin


SELAMAT MENJALANI IBADAH DENGAN TENANG....AMEEN.......

Isnin, September 01, 2008

(0) Comments

MERDEKA

admin


vidoe Ini Menerangkan akan lauangan keramat merdeka sejak dari 1957 smapailah sekarang.Kegembiraan dan kesedihan semuanya dapat dirasai oleh kita sebagai rakyat dalam menyambut kemerdekaan pada tahun ini.
rata rata bila diperhatikan tiada langsung semangat untuk merayakan merdeka dengan penuh semangat.Apakah sebabnya sampai terjadinya hilang semangat merdeka ini.Apakah hari ini kesan dari perbutatan pemimpin hari ini yang kurang cekap dalam pentadbirannya.Jadi tanpa terbalikkan atau separuh tiangkan bendera pun,orang kita masih enggan merayakan merdeka kali ini dengan penuh semangat merdeka.
Sengaja blok ini di up date selepas merdeka adalah untuk perhatikan mood merdeka pada tahun ini.ternyata tiada macam tahun tahun lepas apabila tiada banyak jalur gemilang di bawa bersama kereta atau motosikal dalam bulan merdeka ini.Apakah tiada lagi semangat petriotik di kalangan rakyat malaysia.....?